Kat malaysia kayu ni banyak ble dapat kat SabaH/SArawak.Dari segi Khasiat Kayu Tas atau kayu Penunduk, kayu ni ble menundukkan Binatang buas serta binatang berbisa. tapi kalo nak menunduk or menakutkan manusia behati binatang tu kita tak tau lagi aa..
Setakat yg aku tau, kayu tas ni ada banyak2 jenis.Kayu Tas juga orang pggil kayu penunduk,hujan panas, God Mountain Stick/akum/Limpanas/Hujan Panas/Kayu Luz.Tetapi kayu ini amat Popular dengan nama Hujan Panas atau Limpanas Laki dan Limpanas Bini bagi penduduk (Sabah/Sarawak dan Borneo).. kebanyakkan kayu jenis ini orang hanya mengetahui banyak di Sarawak atau hutan Borneo. Tetapi kayu jenis ni pun ada di hutan semenanjung seperti di Perak, Kelantan dan hutan Pahang, tapi susah nak dapat sebab spesis kayu ini dilindungi dan ianya amat kurang didapati di tanah semenanjung.Kat semenanjung, ianya lebih sinonim dengan panggilan Kayu Tas Pontianak disebabkan Spesis Kayu ini boleh didapati didaerah Pontianak, Kalimantan..tetapi kalau dalam satu lori ada Kayu Tas biasa, belum tentu ada sebatang pun tas pontianak.
Kayu ni ada jantan betinanya. Perbezaan kayu tas jenis Jantan dan betina adalah dari kulit warna kayunya. Warna hitam Tas Jantan, Warna Putih Tas Betina.Baik dari jenis yang betina maupun yang jantan..Baunya tetap sama.. ianya baik jika disimpan dirumah dan dibawa kemana jua sebagai medium dalam berbagai kegunaan, paling kurang pun sepotong kecil dari jenis kedua-duanya. Tetapi kalau kaki pancing, jangan bawa kayu ni skali, bukan apa..takot ikan pun lari..heheheh..
Kulit yang terdapat padanya juga amat nipis serta amat mudah terkopek..kayu ini amat sesuai dari segi Penunduk Binatang buas
Korang ade rase nak carik ke kayu nih? Ada orang buat tongkat (selalunya orang2 kat sarkas la) dan ada yang buat jd cincin dll..Kebanyakan orang sarkas, kat pangkal cemeti diorang diletakkan kayu tas nih. Bagi org2 melayu kita kayu ni sangat berguna untuk mencegah serangan harimau bagi mereka yang sering masuk ke hutan belantara untuk cari rezeki or camping or meneroka dan lain2 lg la aktiviti yg aku pon tak paham kenapa kene masuk hutan.
![]() | ||
Sarkas dulu dan tongkat tasnya.. |
![]() | ||
Tu ha yang kayu sebesar2 tidak kat tangan mamat tuh.. |
Korang ade astro tak kat umah? penah tgk Animal planet tajuk Into The Pride yg ada mamat Dave Salmoni tu jd mamat yg tak takut haiwan liar la kononnye, dok kat tengah2 padang afrika bersama-sama dengan singa2 liar n haiwan2 buas yg lain? meh aku tunjuk.. perasan tak tongkat yg die pegang tuh? korang ingat sebarangan tongkat ke?
![]() | |
Ni mamat Dave Salmoni- APL Into The Pride |
![]() | |
Ni ha tongkat Si Dave ni yg sebesar alam |
Rase cam ngah cakap pasal mende mistik2 plak.. tapi tu lah kuasa tuhan. setiap mende yg diciptanya mesti ada baik buruk. dah.. korang tak payah berangan nak jadi cam mamat ni. Balik tido lg best..
No comments:
Post a Comment